Powered by Blogger.

Tuesday 23 October 2012

Sejarah Nama Dang Anum

Assalamualaikum dan Salam Sejarah semua!

Untuk pembukaan pertama blog rasmi kolej kami, Kolej Dang Anum Uitm Melaka. Serba sedikit cerita berkenaan nama kolej ini, Dang Anum.

Pada tahun 1511, Melaka telah ditawan oleh Portugis dan berhentinya pemerintahan raja Melaka kerana keturunannya telah berundur ke muar dan pada tahun 1685, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang atau Sultan Mahmud II, anak kedua kepada Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Ibrahim Syah, Sultan Melaka terakhir (1488 - 1511) telah ditabalkan sebagai Sultan Johor I ketika berusia 10 tahun di Kota Tinggi.

Kisah ini bertentangkan, Sultan Mahmud II telah di bunuh oleh panglimanya sendiri, Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama selaku Panglima Angkatan Laut Sultan Mahmud II (1685 - 1699) kerana  ingin membalas dendam atas kematian isteri kesayangannya, Wan Anum atau Seri Kandi Dang Anum pada ketika itu.

Pada ketika itu, Sungai Johor menjadi laluan utama perdagangan dan telah berlaku banyak gangguan dari lanun yang menganggu kelancaran perdangangan di situ dan turut mengancam keselamatan perdagang-perdagang lain.  Laksmana Megat Seri Rama atau Panglima Bintan selaku ketua angkatan laut diberi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan kapal-kapal dagang dan juga perdagang yang datang berdagang dan juga menghapuskan kegiatan lanun-lanun terutamanya di perairan Mersing hingga ke Tanjung Penyengat dan juga Riau yang menjadi tanah jajahan Johor ketika itu.

Bermulanya cerita Dang Anum ini, apabila Sultan Mahmud II mengerahkan penghulu dan hulubalangnya untuk mengambil buah nangka yang ramun masak di lamannya.  Dalam perjalanan bawa buah nangka yang ranum masak itu telah dilihat oleh Dang Anum dan dipanggilnya penghulu dan hulubalang untuk ke mari.  Dang Anum meminta untuk diberikan sedikit buah nangka atas keinginan atau mengidam akan buah nangka yang ranum masak tersebut, permintaannya di tolak dengan baik oleh penghulu dan hulunbalang kerana buah nangka tersebut hendak dipersembahkan kepada Sultan Mahmud II.  Keadaan dirinya yang sarat mengandung itu, diberinya seulas buah nangka oleh pengulu dan hulubalang atas belas kasihan mereka melihat Dang Anum yang sarat mengandung mengidam buah nangka.  Tetapi kulit buah nangka yang ditebuk itu perlu dilekatkan kembali untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.

Malang menimpa mereka apabila Sultan Mahmud II murka akan buah nangkanya telah ditebuk apabila kulit buah nangka itu jatuh ke kakinya ketika asyik membelek buah nangka tersebut.  Dipanggilnya pengulu dan hulubalang dan diperintahkan untuk menceritakan perkara sebenar atau mereka dan seluruh ahli keluarganya di hukum.  Lantaran takut akan hukuman yang bakal menimpa mereka, diceritakan perihal sebenar bahawa Dang Anum mengidam akan buah nangka ranum masak di laman Sultan Mahmud II dan telah diberikan seulas kepadannya.

Dang Anum diminta menghadap Sultan Mahmud II kerana kesalahannya meminta seulas buah nangka Sultan Mahmud II.  Di ceritakan Dang Anum perihal anak dalam kandungannya mengidam akan buah nangka dan dimintanya seulas tetapi tidak dipercayai oleh Sultan Mahmud II.  Di perintahnya pula, perut Dang Anum dibelah untuk melihat kebenarnya walaupun telah di halang oleh bendahara.  Terdiam lagi bisu kelu Sultan Mahmud II apabila melihat akan kebenaran yang telah Dang Anum bicarakan dan telah disaksikan oleh yang lain.  Semua yang menjadi saksi diperintah untuk berdiam diri untuk tidak diceritakan kepada suami Dang Anum, Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama soal kematian isteri kesayangannya Dang Anum.

Kepulangan Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama telah membawa kejayaan kepada Negeri Johor dalam menumpaskan kegiataan lanun dan berjaya menjadikan laluan utama perdagangan di Sungai Johor seperti sediakala tanpa gangguan.  Tetapi kepulangannya pula di sambut dengan pilu kesedihan atas berita kematian isteri kesayangan, Dang Anum dan anak sulungnya tanpa mengetahui punca kematian.

Pada hari Jumaat tahun 1699, hujan panas yang sangat lebat turun ke bumi Johor itu dan di bawa pula berita cemas kepada sultan oleh bendahara bahawa soal kematian isteri kesayangan Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama telah diketahui oleh beliau dan dihalang oleh bendahara supaya Sultan Mahmud II tidak ke masjid berdekatan istana untuk menunaikan solat jumaat kerana takut akan tindakan yang bakal dilakukan oleh Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama yang sedang berang.

Punca kematian isterinya telah diberitahu oleh sahabatnya sendiri, Tun Anam kerana kasihan melihat keadaan Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama itu dalam kebinggungan dan tertipu oleh sultannya sendiri. Berang dengan berita yang diketahuinya, dalam keadaan yang kurang siuman Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama telah pergi menunggu Sultan Mahmud II di masjid untuk membunuhnya.

Hujan panas yang masih lebat turun itu, Sultan Mahmud II diusung hingga ke tangga masjid tetapi belum sempat menjejakkan kaki ke tanah lagi, Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama telah menyerang dan tikam tepat pada perut hingga ke hulu hati Sultan Mahmud II.  Ketika itu Sultan Mahmud II sempat melemparkan keris dan pacak ke hujung ibu jari kaki Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama. Daulat seorang raja, Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama rebah di situ juga.  Sultan Mahmud II juga sempat melafazkan "7 keturunan Panglima Bintan atau Laksmana Megat Seri Rama akan muntah darah jika jejak ke tanah Kota Tinggi".

Cerita ini mungkin telah ditokok tambah dan tidak tahu sampai mana kebenarannya. Sekian dan enjoy!

4 comments:

  1. siapa bilang dengan modal kecil tidak bisa menang banyak?
    Dengan modal Rp20.000,
    Anda bisa menang "Puluhan Juta" !!!
    Hanya di Sinidomino. com
    Untuk info lebih lanjut, Hubungi :
    -Pin BBM : D61aE3506 (24 jam Online )
    raja poker

    ReplyDelete
  2. saya minta kebenaran untuk copy cerita ini ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kenal keturunan orang yg masih kena sumpah Sultan Mahmud di Batam saat ini

      Delete
  3. Why do casino sites pay as high as $100? - DrmCD
    For more details, visit 창원 출장샵 casino.eu. Play 춘천 출장마사지 the best 김제 출장마사지 slots online in Las Vegas 의정부 출장마사지 with real money prizes, no 수원 출장안마 deposit required.

    ReplyDelete